Tuesday 22 January 2013


Nama: En Mohd Hatta Bin Che Man
Jawatan: Guru Besar
Gred: DGA34
Opsyen: Pendidikan Islam
Tarikh Berkhidmat Di SKPP: 1 Januari 2011


Nama: Pn Hjh Zaharah Binti Yusof
Jawatan: Guru Penolong Kanan Pentadbiran (PK1)
Gred: DGA32
Opsyen: Pengajian Islam
Tarikh Berkhidmat Di SKPP: 16 Januari 2011 


Nama: En Hasimuddin Bin Abdul Wahab
Jawatan: Guru Penolong Kanan Ko-Kurikulum
Gred: DGA32
Opsyen: Pengajian AM
Tarikh Berkhidmat Di SKPP: 1 Jun 2008

LAGU SEKOLAH

Seindah namamu hasrat digenggam,
Sesuci kasihmu jadi sanjungan,
Janji kami semua jadi insan berguna,
Seiring Falsafah Pendidikan,

Sebersih jiwamu taburkan ilmu,
Sekuat azammu kami berusaha,
Menjadi insan yang sentiasa berbakti,
Ibu bapa dan guru jasamu disanjungi,

Berilmu Berusaha motto tercipta,
Berilmu Berusaha berbakti semai di dada,
Berilmu Berusaha berbakti teras utama,
Berilmu Berusaha berbakti lafazkan semua,

SK Pasir Puteh Menuju Puncak Jaya.

Monday 21 January 2013

Piagam, Misi dan Wawasan


MISI

Bahawa sesungguhnya Misi
Sekolah Kebangsaan Pasir Puteh ialah
untuk meningkatkan iltizam, kecekapan dan
kecemerlangan pelaksanaan amanah tugas
ke arah kesempurnaan pencapaian
matlamat pendidikan.



WAWASAN

Bahawa sesungguhnya Wawasan Sekolah
Kebangsaan Pasir Puteh
ialah menjadikan sekolah ini sebagai
pusat penjanaan warisan bangsa cemerlang
dan budaya memartabatkan ilmu serta
Memperkasakan Akal Budi melalui
Falsafah Pendidikan Kebangsaan.




 PIAGAM PELANGGAN

Kami warga pendidik Sekolah Kebangsaan Pasir Puteh dengan penuh iltizam akan berusaha dengan penuh rasa tanggungjawab bagi:

  • Memastikan semua murid di sekolah ini berpeluang mendapat segala input dan prasarana pendidikan bagi mempertingkatkan potensi mereka.
  •  Memastikan semua murid mendapat agihan dan layanan yang adil dan mesra mengikut kelayakan dan hak mereka.
  • Menentukan murid mendapat kemudahan dengan kriteria dan prosedur yang maksimum di samping budi bicara yang fleksibel.
  • Meningkatkan kebersihan, keceriaan dan keselesaan fizikal bagi mewujudkan suasana yang kondusif untuk pembelajaran.
  • Menjamin keselamatan murid dari ancaman dan gangguan secara fizikal, mental dan emosi.
  • Memberi layanan segera terhadap masalah dan isu yang diketengahkan oleh ibubapa/penjaga dan cuba diselesaikan di peringkat sekolah.
  • Menyediakan rekod dan pelaporan yang kemas kini untuk menjadi rujukan semasa ibubapa/penjaga.
  • Mengambil tindakan segera terhadap arahan, teguran dan nasihat dari PPD, JPNT dan pihak berkuasa.
  • Menjalin hubungan erat dengan agensi keselamatan, kesihatan dan PIBG bagi faedah dan kesejahteraan murid.
  • Sentiasa bersedia untuk segala perbincangan bagi kebajikan dan kemajuan murid.

Info Sekolah


 Nama Sekolah : Sekolah Kebangsaan Pasir Puteh
Alamat : 21610 Merchang, Marang, Terengganu
No. Telefon: 09-8454032
No. Fax: 09-8481894
Kod Sekolah : TBA4006
Gred : A
Sesi : Pagi 
Lokasi : Luar Bandar
Emeil : skpasirputeh@yahoo.com
Bilangan Guru : 19 orang
Bilangan Murid :158 orang
Bilangan Staf : 3 orang
Bilangan EIO : 1 orang
Jarak dari sekolah ke PPD Marang : 35 KM
Jarak dari sekolah ke JPN Terengganu : 106 KM

SEJARAH SEKOLAH

Penubuhan sekolah ini di asaskan oleh En Awang bin Samad dalam tahun pada tahun 1954.Beliau telah bermuafakat dengan penduduk kampung bagi membina sebuah sekolah pada 2 Mac 1954.Murid yang pertama belajar die sekolah ini seramai 40 orang dan seorang guru.Maka wujudlah Sekolah Pasir Puteh yang dikenali sebagai Sekolah Melayu Pasir Puteh.Pada tahun 1955 bilangan murid telah bertamabah menjadi 54 orang.Dari tahun ke setahun sekolah ini semakin berkembang iaitu bilangan murid dan guru sentiasa bertambah.Pada tahun 1958 bilangan murid bertambah menjadi 68 orang dan guru bertambah menjadi 2 orang.Pada tahun ini juga seorang murid dari sekolah ini berjaya lulus peperiksaan ke Special Malay Class ialah Mohd Daid b Ngah.Pada tahun 1964 bilangan guru bertambah kepada empat orang.Guru Besar,En Wan Longb Wan Sulaiman pada masa itu.Selepas negara mencapai kemerdekaan sekolah ini menerima kemajuan bertambah pesat dari tahun ke setahun.Ramai murid yang berjaya melanjutkan pelajaran keperingkat yang lebih tinggi.